CANNES: Filem seram, 'Sumpahan Jerunei' terbitan Produksi Seni Duapuluh Duapuluh Sdn Bhd telah menarik minat beberapa bakal pembeli antarabangsa di Marche Du Film 2022 yang disifatkan sebagai antara pasaran filem terbesar di dunia.
Pengarah Eksekutif Produksi Seni Duapuluh Duapuluh Sdn Bhd Datin Dr Wendy Wong berkata setakat ini, sebanyak enam pembeli dari Amerika Syarikat dan satu pembeli dari United Kingdom menunjukkan minat untuk membeli filem arahan pengarah Jason Chong itu.
"Filem ini menerima tawaran daripada banyak pengedar atau ejen. Buat sementara ini kita tengah fikir mana satu pilihan yang terbaik sekali. Ini kerana kami kena pilih satu pembeli sahaja.
"Kita punya kriteria jangan pembeli ambil 'worldwide right' kerana ramai ejen nak ambil worldwide right, kalau ambil worldwide right kita tak dapat kawal dan kita tak nak hilang pegangan Asia itu. Sekarang kita sedang dalam dilema sebab tiga pembeli yang disenarai pendek ada keistimewaan sendiri," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.
Menampilkan barisan pelakon terkenal dan berpengalaman antaranya Bront Palarae, Syafie Naswip, Amerul Affendi, Tony Eusoff, Uqasha Senrose dan Ruminah Sidek, Sumpahan Jerunei dihasilkan berdasarkan kisah benar yang memaparkan sejarah kaum Melanau berkaitan adat pengebumian bangsawan Melanau di Sarawak.
Sementara itu, seorang lagi Pengarah Eksekutif syarikat produksi itu Datuk Nancie Foo berkata Sumpahan Jerunei mendapat perhatian daripada pembeli antarabangsa berikutan filem berkenaan memaparkan kisah benar selain ia merupakan filem seram yang melibatkan budaya.
"Memang pembeli asing suka sangat, mereka suka tajuk asli dan budaya. Dalam filem ini memang semua adalah asli. Lokasi pun memang lokasi asal. Bila mereka (pembeli) dah dapat tiga perkara ini, mereka sudah tertarik," katanya.
Beliau berkata perbincangan bersama pembeli yang berpotensi telah pun dibuat sejak dua tahun lepas dan Marche Du Film menjadi platform untuk mereka mengadakan perbincangan lanjut serta membuat pilihan dan seterusnya memeterai perjanjian.
Marche Du Film adalah perhimpunan terbesar industri filem bagi pengeluar, pembiaya, penyiar, pengedar, pembekal dan pembeli dari seluruh dunia untuk bertemu, berkongsi idea serta membuat tawaran.
Sebanyak 250 syarikat dari 110 negara menyertai pasaran filem selama sembilan hari itu bermula 17 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022
Tan Sri Annuar Musa (duduk, tengah) sebagai ketua delegasi Malaysia ke Marche Du Film beramah mesra bersama Datuk Nancie Foo (berdiri, kanan) dan Dr Wendy Wong (duduk, kiri) yang menunjukkan poster filem Jerunei. - Bernama
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Filem seram 'Sumpahan Jerunei' pikat bakal pembeli antarabangsa di Marche Du Film
Setakat ini, sebanyak enam pembeli dari Amerika Syarikat dan satu pembeli dari United Kingdom menunjukkan minat.